Wednesday, August 27, 2008

7 petanda kebahagian dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukurAl azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang solehAl auladun abrar, iaitu anak yang solehAlbiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kitaAl malul halal, atau harta yang halalTafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agamaUmur yang barakah -

merdeka

Ada apa dengan merdeka

Hai anak merdeka….
Tahu kah kau erti Negara?
Ertinya bebas merdeka
Ertinya kitalah tuan
Ertinya hak kita, kita punya

Hai..anak merdeka…
Tahukah kau dari mana datangnya daulat itu?
Biar aku beritahu
Dari perjuangan Dato Maharajalela
Dari darah Dato Bahaman
Dari keringat Tok Gajah
Dari teriakan Tok Janggut
Dari laras rifel Leftenan Adnan
Dari keringat semua pejuang bangsa….
Dari airmata isteri-isteri dan anak-anak mereka
Yang kehilangan insan tercinta

Hai…anak muda…
Apakah akan kau balas segala keringat pejuang itu
Dengan kehancuran pekertimu?
Maka sia-sialah pengorbanan mereka
Kalaulah pejuang-pejuang bangsa itu boleh melihat zaman ini
Pasti mereka menitiskan airmata
Meratapi kekosongan jiwa anak cucu tercinta

Hai…anak muda…
Apalah ertinya kewujudan dirimu
Dalam sebuah negara warisan ini
Jika tidak ada satu pun jasa kau taburkan

Hai…anak muda…
Mereka korbankan hidup mereka di dunia ini
Untuk anak cucu tercinta yang sangat dikasihi
Lalu tanyalah dirimu
Apa yang akan kau korbankan untuk anak cucumu nanti….