Wednesday, October 22, 2008

salam perpisahan....

23hb oktober 2008, maka berakhirlah semester 1 aku. hari ini juga hari terakhir kelas dengan puan Amni.sedih sangat lepas ni tak belajar komputer la.thanks kerana ajar saya macammana buat blog ni.lepas ni 1 minggu saya study week,masa tu la nak study abis-abisan.8hb november 2008 maka bermula la peperiksaan yang akan menentukan kemampuan saya dalam semester 1.insyaallah saya akan buat yang terbaik semester ini.mesti dapat 3.5.amin....kepada rakan-rakan selamat berjuang

Monday, September 22, 2008


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP....

TERISTIMEWA ,
CIK AMNI DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN...

Wednesday, September 17, 2008

assalamualaikum....

Tinggal 1 minggu je lagi nk balik kampung,nak sambut raya.ramadhan pun nak berakhir sedih pulak rasa.Banyak ke amalan yang aku buat....Aku berserah padaMu Ya Allah...
ni saj untuk hari ini...

Wednesday, September 3, 2008








Ada yang tertinggalSetelah terbenam MentariAda yang tertinggalSetelah kering air di kaliAlam telah menyakinkanKau mesti pergiKau mestiAlam telah menyakinkanKau mesti kembaliBagai yang telah dijanjikan IllahiAda yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpiKekal selamanyaCintaku dengan cahaya muKekal selamanyaTetap dalam ingatankuLemas dalam rinduTenggelam dalam tangisanEngkau telah pergiTapi masih ada...Yang kau tinggalkan dalam kalbukuYang tinggal...

~ MENTARi MERAH Di UFUK TiMUR/search ~

diam



bila aku ;

diam

ber-diam
&
men-diam-kan

diri sendiri...

aku percaya dalam
diam itu ada indah-nya.

tetapi ia bakal menimbulkan sangsi/keliru/tanda tanya
pada orang lain.

ber-fikir secara waras
juga indah kan?

apa korang fikir + rasa .....

hujan


MUSIM HUJAN
pasti mengundang macam2
rasa kat hati kita kan..
aku sayu ; bila ter-ingat2 kat Cjan bila ujan cam ni, sebab dia akan bertambah sakit menahan sejuk ~ ermm, yg lepas biar berlalu.
aku sedih ; bila tengok org kena banjir tu.terutama org2 tua, perempuan ngan budak2 kecik.. panik!
apa aku tolong ? derma sms ajer, hihihi.
kalau dipikirkan memang tak patot, yelah badan sehat.Pasang niat nak tolong tapi kena jaga hati kuarga jugak kan.
jadi
aku memang patot
ber-syukur dalam insaf.
sambil mendoakan yang terbaik selalu
buat semua orang.

PERASAAN


.

PENYAKIT ROHANI
Penyakit bicara adalah bohong,
penyakit ilmu adalah lupa,penyakit ibadah adalah riak,
penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang,
penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian,
penyakit tampan adalah sombong,
penyakit bangsawan adalah membanggakan diri,
penyakit malu adalah lemah,
penyakit mulia adalah menyombongkan diri,
penyakit kaya adalah kikir,
penyakit royal adalah hidup mewah,
dan
penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan

kepadamu kekasih


Tanpa sedar, banyak kesilapan yang telah kita buat sepanjang jalan hidup Dan ada perbuatan yang MEMANG mendatangkan kesan kesilapan sedangkan kita mampu MENG-elak.Tapi kita abaikan..kenapa ? Mengharap kemungkinan sebaliknyer.
huh,Bila diri tak cukup RASA insaf.

doa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
% jangan berhenti berdoa ........

" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika ada keburukan pada dirimu. Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita "

cinta abadi

Seharusnya mereka menghasilkan satu perkataan yang baru… Perkataan yang mampu menjelaskan apa yang aku rasai sekarang ini… Satu perkataan di atas perkataan “SAYANG”… Di atas perkataan “CINTA”… Satu perkataan yang ertinya lebih dari semua perkataan yang pernah ku jumpa… Kerana perkataan “CINTA”… tidak cukup untuk mewakili apa yang aku rasai sekarang ini…
Terlalu berat bagi manusia biasa… Untuk memahami dan mendalami CINTA… Tapi apa yang pasti… Perkahwinan kerana CINTA akan kekal selamanya… Kerana CINTA itu ABADI…

Wednesday, August 27, 2008

7 petanda kebahagian dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :
Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukurAl azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang solehAl auladun abrar, iaitu anak yang solehAlbiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kitaAl malul halal, atau harta yang halalTafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agamaUmur yang barakah -

merdeka

Ada apa dengan merdeka

Hai anak merdeka….
Tahu kah kau erti Negara?
Ertinya bebas merdeka
Ertinya kitalah tuan
Ertinya hak kita, kita punya

Hai..anak merdeka…
Tahukah kau dari mana datangnya daulat itu?
Biar aku beritahu
Dari perjuangan Dato Maharajalela
Dari darah Dato Bahaman
Dari keringat Tok Gajah
Dari teriakan Tok Janggut
Dari laras rifel Leftenan Adnan
Dari keringat semua pejuang bangsa….
Dari airmata isteri-isteri dan anak-anak mereka
Yang kehilangan insan tercinta

Hai…anak muda…
Apakah akan kau balas segala keringat pejuang itu
Dengan kehancuran pekertimu?
Maka sia-sialah pengorbanan mereka
Kalaulah pejuang-pejuang bangsa itu boleh melihat zaman ini
Pasti mereka menitiskan airmata
Meratapi kekosongan jiwa anak cucu tercinta

Hai…anak muda…
Apalah ertinya kewujudan dirimu
Dalam sebuah negara warisan ini
Jika tidak ada satu pun jasa kau taburkan

Hai…anak muda…
Mereka korbankan hidup mereka di dunia ini
Untuk anak cucu tercinta yang sangat dikasihi
Lalu tanyalah dirimu
Apa yang akan kau korbankan untuk anak cucumu nanti….